Sunday, November 20, 2011

Kenapa Lelaki Memilih Untuk Single??




Pasti kebanyakan wanita merasakan bahawa kebanyakan lelaki sukar untuk melalui kehidupan yang single. Ia mungkin benar, tetapi bukan bermakna kesemua lelaki menyetujuinya. Ada juga lelaki yang lebih selesa untuk melalui kehidupan dengan cara ini. Tetapi apakah faktor yang mendorong mereka? Kami akan nyatakan antara beberapa faktor utama mengapa lelaki memilih untuk single..

(1) Kebebasan- Kami tidak menyatakan bahawa perkahwinan menyekat kebebasan seorang lelaki. Malah kami turut menyokong bahawa ia lebih banyak membawa kebaikan terhadap diri mereka. Tetapi, majoriti lelaki menyatakan bahawa mereka memilih untuk single disebabkan atas faktor kebebasan. Ini mungkin disebabkan mereka merasakan belum tiba waktu yang sesuai lagi ataupun melalui pandangan peribadi mereka sahaja.

(2) Keseronokan- Ini mungkin faktor utama yang mendorong lelaki memilih untuk single kerana mereka kurang merasa sifat tanggungjawab. Mereka hanya perlu memikirkan mengenai keseronokan yang dilalui oleh mereka sahaja tanpa memikirkan mengenai tanggungjawab terhadap orang lain.

(3) Terlalu memilih- Kami tidak terlalu pasti sekiranya faktor ini turut termasuk sebagai punca mengapa lelaki memilih untuk single, tetapi ia juga mungkin ada kebenarannya. Setiap lelaki pasti mempunyai wanita idaman yang tersendiri. Disebabkan terlalu menginginkan ciri-ciri wanita yang diidamkan menyebabkan tanpa mereka sendiri sedari bahawa mereka sebenarnya telah memilih untuk melalui kehidupan yang single. Lelaki harus mengetahui bahawa realiti dan fantasi adalah dua dunia yang berbeza.

(4) Komitmen- Sekiranya seorang lelaki menyatakan bahawa mereka memilih untuk single disebabkan atas faktor komitmen terhadap keluarga, kerjaya dan sebagainya, mereka boleh dianggap sebagai hero idaman wanita. Ini disebabkan kerana perasaan tanggungjawab yang ada didalam diri mereka. Tetapi, ia haruslah betul-betul ikhlas, sekiranya ia hanya sekadar lakonan atau kata-kata manis dari mulut seorang lelaki, kami menyerahkan kepada wanita untuk menilainya.


No comments: